- Beriman kepada Allah SWT.Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.Seperti firman-Nya yang bermaksud :"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
- Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.Nama MalaikatTugasnyaJibrilMenyampaikan wahyuRaqibMencatat amalan keburukanAtibMencatat amalan kebaikanIzrailMengambil nyawaMikailMenurunkan rezekiIsrafilMeniup sangkakalaMungkarMenyoal orang matiNankirMenyoal orang matiMalikMenjaga nerakaRidzuanMenjaga syurga - Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang. - Beriman kepada KitabBeriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.Senarai kitab dan penerimanya :
- Taurat - Nabi Musa a.s
- Zabur - Nabi Daud a.s
- Injil - Nabi Isa a.s
- Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :- Nabi Syits - 50 suhuf
- Nabi Idris - 30 suhuf
- nabi Ibrahim - 10 suhuf
- Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran. - Beriman kepada Hari AkhiratPercaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
- Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
- Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
- Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
- pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
- Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
- Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
- Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :- Keluar dajjal merosakkan agama.
- Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
- Keluar Yakjuj dan Makjuj.
- Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
- Terbit matahari dari sebelah barat.
- Beriman kepda Qada dan QadarBeriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.Erti Qadar :Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.Qadar ada dua jenis iaitu :
- Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
- Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.Perkara yang membatalkan Iman- Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
- Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
- Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
- Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
- Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.
Jumaat, 21 September 2012
RUKUN IMAN
Rukun Iman ada 6 perkara:
WANITA & PEMBUBARAN perkahwinan dalam Islam
Perkahwinan adalah akad yang ditentukan oleh syarak yang menghalalkan hubungan jenis antara lelaki dengan wanita. Ia merupakan satu jalan yang mulia untuk mengatur hidup berumahtangga dan bagi menyambung generasi yang bertanggungjawab. Apabila sesuatu akad dirasmikan, maka suami isteri berhak dan bertanggungjawab ke atas satu sama lain. Mereka berhak tinggal dan merancang hidup serta masa depan bersama. Namun begitu tidak semua perkahwinan dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat seperti yang diharapkan. Sebagai jalan penyelesaian dan jalan keluar yang terakhir, pembubaran perkahwinan atau perceraian dibenarkan.
Perceraian ialah memutuskan ikatan perkahwinan yang sah oleh suami dengan nyata atau kiasan. “Nyata” di sini bermaksud bahawa suami melafazkan perkataan cerai atau talak secara terang-terangan seperti kata suami kepada isterinya:
“...aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Manakala “kiasan” pula bermaksud suami melafazkan perkataan berupa kiasan dan ia bermaksud atau berniat untuk menceraikan isterinya, seperti kata suami kepada isterinya:
“...keluarlah dari rumah ini.”
Peruntukan melakukan perceraian pada asalnya merupakan hak suami, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu isteri juga boleh membubarkan perkahwinan.
Alasan Untuk Membubarkan Perkahwinan:
Asas perkahwinan dalam Islam adalah al-mawaddah (kasih-sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihi) antara suami dan isteri.
Firman Allah SWT maksudnya:
“...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan
rahmat-Nya ialah bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri
dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih-sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir)...”. (ar-Rum: 21)
Sekiranya perasaan kasih-sayang sudah tidak wujud lagi di antara pasangan suami isteri maka adalah tidak wajar untuk memaksa diri untuk terus hidup bersama kerana apalah ertinya menjalinkan hubungan dalam keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga yang tidak bahagia menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara. Oleh yang demikian Islam sebagai agama yang mementingkan keharmonian dan ketenangan hidup manusia telah membenarkan untuk dibubarkan sesebuah perkahwinan itu sebagai salah satu daripada cara terbaik dalam menyelesaikan konflik suami isteri.
Firman Allah SWT yang maksudnya:
“...tidak ada suatu pun dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri.” (al-Baqarah: 236).
Walaupun begitu di dalam Islam perceraian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan malah bercerai itu sekalipun halal namun amat dibenci oleh Allah SWT. (Abu Daud dan Ibnu Majah)
Cara-cara Pembubaran Perkahwinan Dalam Islam
Di dalam Islam terdapat berbagai cara untuk membubarkan perkahwinan iaitu:
- Talak
- Perceraian yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga
- sama ada secara nyata atau kiasan. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran
- yang maksudnya:
- “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali.
- Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) terus bersama (dengan isterinya) dengan
- cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang
- baik. (al-Baqarah: 229)
Maka sesudah berlaku talak tiga, rujuk atau kahwin semula tidak boleh dilakukan lagi antara suami isteri tersebut. Perkahwinan semula antara keduanya hanya dibenarkan jika isteri yang diceraikan itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan dengan suaminya yang kedua dan selepas suami yang kedua itu dengan kerelaan sendiri menceraikan isterinya itu. Ini merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
- “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu jika ia diceraikan (oleh Suami yang baru dan habis ‘iddahnya) maka mereka berdua (bekas suami dan bekas isteri) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula) jika mereka benar-benar yakin dapat menegakkan aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.”
- (al-Baqarah: 230).
3.Ila’:
4.Zihar
5.
Doa apabila membalikkan diri pada waktu malam ketika tidur
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa, Tuhan langit dan bumi serta segala yang berada di antara keduanya, Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.
Doa ringkas selepas solat
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Langgan:
Catatan (Atom)