Perkahwinan adalah akad yang ditentukan oleh syarak yang menghalalkan hubungan jenis antara lelaki dengan wanita. Ia merupakan satu jalan yang mulia untuk mengatur hidup berumahtangga dan bagi menyambung generasi yang bertanggungjawab. Apabila sesuatu akad dirasmikan, maka suami isteri berhak dan bertanggungjawab ke atas satu sama lain. Mereka berhak tinggal dan merancang hidup serta masa depan bersama. Namun begitu tidak semua perkahwinan dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat seperti yang diharapkan. Sebagai jalan penyelesaian dan jalan keluar yang terakhir, pembubaran perkahwinan atau perceraian dibenarkan.
Perceraian ialah memutuskan ikatan perkahwinan yang sah oleh suami dengan nyata atau kiasan. “Nyata” di sini bermaksud bahawa suami melafazkan perkataan cerai atau talak secara terang-terangan seperti kata suami kepada isterinya:
“...aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Manakala “kiasan” pula bermaksud suami melafazkan perkataan berupa kiasan dan ia bermaksud atau berniat untuk menceraikan isterinya, seperti kata suami kepada isterinya:
“...keluarlah dari rumah ini.”
Peruntukan melakukan perceraian pada asalnya merupakan hak suami, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu isteri juga boleh membubarkan perkahwinan.
Alasan Untuk Membubarkan Perkahwinan:
Asas perkahwinan dalam Islam adalah al-mawaddah (kasih-sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihi) antara suami dan isteri.
Firman Allah SWT maksudnya:
“...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan
rahmat-Nya ialah bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri
dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih-sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir)...”. (ar-Rum: 21)
Sekiranya perasaan kasih-sayang sudah tidak wujud lagi di antara pasangan suami isteri maka adalah tidak wajar untuk memaksa diri untuk terus hidup bersama kerana apalah ertinya menjalinkan hubungan dalam keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga yang tidak bahagia menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara. Oleh yang demikian Islam sebagai agama yang mementingkan keharmonian dan ketenangan hidup manusia telah membenarkan untuk dibubarkan sesebuah perkahwinan itu sebagai salah satu daripada cara terbaik dalam menyelesaikan konflik suami isteri.
Firman Allah SWT yang maksudnya:
“...tidak ada suatu pun dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri.” (al-Baqarah: 236).
Walaupun begitu di dalam Islam perceraian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan malah bercerai itu sekalipun halal namun amat dibenci oleh Allah SWT. (Abu Daud dan Ibnu Majah)
Cara-cara Pembubaran Perkahwinan Dalam Islam
Di dalam Islam terdapat berbagai cara untuk membubarkan perkahwinan iaitu:
- Talak
- Perceraian yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga
- sama ada secara nyata atau kiasan. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran
- yang maksudnya:
- “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali.
- Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) terus bersama (dengan isterinya) dengan
- cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang
- baik. (al-Baqarah: 229)
Maka sesudah berlaku talak tiga, rujuk atau kahwin semula tidak boleh dilakukan lagi antara suami isteri tersebut. Perkahwinan semula antara keduanya hanya dibenarkan jika isteri yang diceraikan itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan dengan suaminya yang kedua dan selepas suami yang kedua itu dengan kerelaan sendiri menceraikan isterinya itu. Ini merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
- “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu jika ia diceraikan (oleh Suami yang baru dan habis ‘iddahnya) maka mereka berdua (bekas suami dan bekas isteri) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula) jika mereka benar-benar yakin dapat menegakkan aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.”
- (al-Baqarah: 230).
3.Ila’:
4.Zihar
5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan